Senin, 30 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Tony Pua Salahkan Bekas Menteri KPDNKK Isu Gula

Tony Pua Salahkan Bekas Menteri KPDNKK Isu Gula


KUALA LUMPUR – DAP terus memainkan peranan organisasi itu sebagai sebuah parti pembangkang yang akan membangkang apa sahaja langkah dilakukan kerajaan dengan penuh cekal dan bersungguh-sungguh.
Terbaharu parti itu cuba mengelirukan orang ramai dengan mendakwa pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram bukan demi kepentingan kesihatan rakyat sebaliknya disebabkan kepincangan pentadbiran kerajaan.

Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dalam satu kenyataan media mendakwa, kerajaan terpaksa memansuhkan subsidi gula kerana telah menandatangani perjanjian mengimpot gula mentah dengan harga yang terlampau mahal.

“Harga gula Malaysia naik tinggi bukan kerana penghapusan subsidi tetapi kerajaan telah menandatangani perjanjian beli gula mentah dengan terlampau tinggi,” dakwanya melalui kenyataan media itu hari ini.

Tony Pua mendakwa, pada Januari 2012, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi (KPDNKK) mengumumkan perjanjian tiga tahun mengimport gula mentah dengan harga US$25 setiap 100lbs.

Bagaimanapun, dakwanya, harga gula antarabangsa menjunam serendah US$16.70 setiap 100lbs pada bulan September 2013 yang bermaksud kerajaan telah terbeli gula 55.7 peratus lebih mahal daripada harga pasaran.

Dakwa beliau, walaupun harga gula mentah meningkat sedikit pada bulan Oktober iaitu US$18.91 setiap 100lbs, ia masih jauh lebih murah berbanding harga yang diimpot oleh pihak kerajaan tersebut.

“Mengikut harga pasaran semasa, kerajaan telah terlebih bayar RM194 juta setiap tahun untuk pengimpotan 2.73 bilion paun gula mentah setiap tahun,” dakwanya.

Justeru beliau meminta kerajaan menyiasat sebab gula mentah diimpot dengan harga yang lebih mahal dan mengumumkan dasar pembetulan yang akan dilaksanakan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar