Jumat, 27 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » 2 Lelaki Samun Stesen Minyak Larikan RM250

2 Lelaki Samun Stesen Minyak Larikan RM250


KOTA BHARU – Dua lelaki bertopeng dan memakai topi keledar yang menyamun sebuah stesen minyak di Wakaf Che Yeh di sini malam tadi, hanya berjaya melarikan wang tunai RM250.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata dalam kejadian 8.10 malam itu, perompak bersenjatakan pistol itu menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha.

“Seorang daripada mereka mengacukan pistol kepada pekerja stesen minyak dan memaksanya menyerahkan wang dalam mesin wang. Suspek dipercayai sudah merancang melakukan rompakan berikutan nombor pendaftaran pada motosikal ditanggalkan. “Suspek juga dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup, katanya, sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar