Selasa, 10 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » 500 kakitangan KTMB berpiket bantah pengambialihan

500 kakitangan KTMB berpiket bantah pengambialihan

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 12 Oktober: Kira-kira 500 ahli Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) berpiket di hadapan ibu pejabatnya di Jalan Sultan Hishamuddin bagi membantah pengambilalihan KTMB oleh MMC Corporation Berhad, petang tadi.

Himpunan disertai Senator Syed Shahir Syed Mohamud, Ahli Parlimen Kuala Langat,  Abdullah Sani, Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Attan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Safaie BP Mammal.
Kira-kira 50 anggota polis beruniform dan preman mengawal lalu lintas, manakala kenderaan yang lalu turut membunyikan hon tanda sokongan.
Turut hadir ahli kesatuan RUM dari seluruh negara termasuk Prai, Pulau Pinang, Gemas, Negeri Sembilan, Mentakab, Pahang.
Mereka turut membawa kain pemidang tertera perkataan ‘Kami Tolak MMC’, ‘Kami Sayang KTMB’ selain menyanyikan lagu rasmi RUM.

Sementara itu Presiden Kesatuan Pekerja KTMB (RUM), Abdul Razak Md Hassan berkata, MMC tidak dapat menjamin kebajikan 5,600 pekerja KTMB.
Selain jaminan pekerja KTMB tidak diberhentikan, beliau juga bimbang soal kebajikan seperti pembiayaan perubatan serta sewa kuarter serendah RM35 sebulan akan lesap selepas pengambilalihan tersebut.
“Mereka tidak faham ‘bahasa’ keretapi. Sampai hari ini kita tidak dengar jaminan pekerja KTMB takkan dikurangkan. Kalau Perdana Menteri kata rakyat didahulukan, dia mesti dengar suara kami,” kata Abdul Razak.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar