Rabu, 19 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » Bahang pilihan raya kian terasa

Bahang pilihan raya kian terasa

Keadaan Pekan Sungai Limau Dalam pagi semalam

YAN - Bahang pilihan raya kian dirasai setelah hampir 10 hari kempen bermula dengan beberapa tempat mula mengalami kesesakan lalu lintas.

Ia bermula tengah hari Jumaat kerana cuti mingguan di negeri menyebabkan ramai anak tempatan yang bekerja di luar kawasan pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga. 

Orang luar termasuk penyokong parti yang bertanding mulai tiba di kawasan Sungai Limau pada sebelah petang berikutan cuti hujung minggu dan cuti umum sempena Deepavali. 

Suasana meriah dan riuh rendah serta kesesakan jelas kelihatan di Sungai Limau Luar, Simpang Tiga Sungai Limau, Simpang Tiga Sungai Daun, Bukit Besar, pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil.  
  
Keadaan sesak juga berlaku di sekitar Sungai Limau sehingga Sungai Daun apabila satu lorong jalan utama ditutup untuk membolehkan kerja menurap jalan dilakukan dengan lancar.   

Pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil mulai sesak dari pagi hingga tengah hari dan sebelah malam dengan kenderaan berulang alik bertali arus. 

Seorang peniaga warung minuman di Pekan Sungai Limau Dalam yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din bersyukur dengan kehadiran orang ramai di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Beliau gerbira kerana mampu memperolehi pendapatan tambahan berikutan kunjungan orang ramai yang berterusan dari pagi hingga malam.

"Walaupun letih namun ia berbaloi dengan pendapatan yang diperolehi setiap hari. 

"Inilah peluang kami untuk masa singkat. Tak tahu bila lagi akan dapat peluang macam ini," katanya.

Menurutnya, pada kebiasaan pekan itu menjadi sunyi selepas jam 9 malam kerana tiada lagi penduduk tempatan yang keluar kerana semua kedai sudah ditutup.

Pekan Dulang Kecil pula menjadi tumpuan penyokong Pas kerana terdapat ceramah setiap malam di kawasan itu.

Seorang peniaga, Salleh Mat berkata, keadaan menjadi meriah dengan kehadiran orang ramai dan peniaga.
   
"Banyak juga gerai dibuka siang malam untuk keperluan orang ramai. Saya tengok waktu malam lagi meriah dah jadi macam pasar malam atau uptown. 

"Macam-macam barang dan produk dijual. Boleh beli barang sambil dengar ceramah. Ada juga yang datang sekadar nak lihat suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau," katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar