Kamis, 06 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Doktor Ini Mungkin Mempunyai 600 Anak

Doktor Ini Mungkin Mempunyai 600 Anak



 Seorang Saintis British mungkin telah menjadi bapa kepada 600 orang kanak-kanak di klinik kesuburan London yang beliau dan isterinya tubuhkan pada sekitar tahun 1940 an.


Bertold Wiesner dipercayai telah menjadi penderma utama di Klinik Barton, di mana klinik ini telah menolong ramai wanita-wanita untuk mengandung dan dianggarkan hingga 1500 bayi telah pun tertinjauan pada tahun 1940 an hinggalah pertengahan tahun 1960 an.


Dakwaan mengejut ini telah dibuat oleh dua orang lelaki yang dilahirkan di klinik ini dan mendapati beliau adalah bapa kandung kepada mereka berdua.



Pengtinjauan dokumentari, Barry Stevens dari Canada dan seorang peguam di London, David Gollacz telah mengesan 18 orang lagi yang dilahirkan di klinik tersebut dan mendapati 12 daripada mereka turut mempunyai hubungan dengan doktor tersebut.




Daripada tinjauan tinjaun mereka, mereka membuat kesimpulan bahawa Dr Wiesner mungkin adalah ayah kepada lebih 600 orang lagi bayi yang lahir di klinik tersebut.


Mr Gollancz memberitahu Sunday Times: Kita telah membuat anggaran kasar beliau mungkin telah menderma sebanyak 20 kali setahun.



Menggunakan anggaran tersebut, termasuklah kelahiran yang hidup, kembar dan gugur, saya menganggarkan beliau mungkin bertanggungjawab kepada antara 300 hingga 600 orang anak.


Jika Wiesner telah menjadi ayah kepada 600 orang anak, ini akan menjadikan ia sebagai pencipta rekod terbaru yang mengalahkan seorang warga Amerika Syarikat yang turut menderma spermanya dan kemudian menjadi ayah kepada hampir 150 orang. - InfoSerius

Tidak ada komentar:

Posting Komentar