Tampilkan postingan dengan label selamatkan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label selamatkan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Tindakan Pantas Ibu Berjaya Selamatkan Anaknya Dari Dibaham Musang!

Tendang Musang Selamat Anak


LONDON – Seorang ibu terpaksa berdepan detik amat mencemaskan apabila bayinya dibaham seekor musang malam kelmarin.
Ibu mangsa, Hayley Cawley, berkata selepas membaham anaknya, haiwan liar itu cuba menggoyang-goyang dan menggonggong bayi berkenaan.
Kata Cawley, 28, banyak darah keluar akibat kecederaan dialami anaknya, Denny.
Kata Cawley, dia menendang musang itu sekuat hati ketika haiwan berkenaan.
“Musang itu membaham muka Denny dan menariknya keluar dari katil bayi sebelum cuba melarikan diri keluar rumah,” katanya.
Tindakan nekad Cawley berjaya menyelamatkan nyawa Denny.
SNN1106FOX-_1670986a
Akibat tindakan itu, katanya, musang berkenaan melepaskan gigitannya dan Denny dapat diselamatkan.
Sementara itu, doktor mengesahkan bayi lelaki terbabit kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan empat jam untuk merawat mukanya.
Doktor juga berjaya menyambung semula satu daripada jari Denny yang putus digigit musang itu.
Kata Cawley, ketika membawa Denny ke hospital dari rumahnya di Bromley di tenggara London, dia dan pasangannya, Paul Dolan, mempersiapkan fikirannya jika bayi terbabit gagal diselamatkan.
Sementara itu, kakak Dolan, Lorraine Murphy, berkata tindakan pantas Cawley berjaya menyelamatkan nyawa Denny.
Katanya, menendang badan musang itu adalah tindakan tepat bagi menyelamatkan Denny.
Menurut Lorraine, 42, Denny diserang ketika dia ditinggalkan sendirian dalam katil bayi di ruang tamu rumah berkenaan. Katanya, Cawley hanya naik ke tingkat atas rumah berkenaan seketika apabila haiwan liar itu memasuki rumah itu.
“Ketika ini Denny masih trauma, manakala Dolan belum mahu ditemubual,” katanya.
Lorraine berkata, selepas pembedahan, doktor menjangkakan peluang Denny mampu menggunakan tangannya secara nobmal adalah 70 peratus.
Katanya, dia membuat beberapa aduan kepada pihak berkuasa tempatan mengenai kerosakan bahagian belakang rumah mereka.
Kerosakan itu, kata Lorraine, menyebabkan haiwan liar berkenaan dapat menyelinap masuk.
“Sehingga kini pihak terbabit belum membaiki kerosakan itu,” katanya. – The Sun
ReadFull Article ..

Selasa, 17 Desember 2013

Pertama di Dunia Darah Lembu Selamatkan Nyawa Manusia

sumber

tweetmeme_style = "compact"; src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type
 Tamara Coakley, perempuan 33 tahun di Australia mengalami kemalangan parah yang nyaris meragut nyawanya. Dalam kemalangan tersebut, dia kehilangan begitu banyak darah sampai jantungnya gagal mengempan oksigen ke seluruh tubuhnya.

 Bukan hanya itu, dia juga mengalami kerosakan pada tulang punggung, paru-parunya, tengkoraknya retak dan beberapa tulang iganya patah. Seperti diberitakan Daily Telegraph, Coakley juga mengalami kerosakan limpa yang pecah dalam kemalangan tersebut.

 "Sampai di hospital darah saya tinggal 2 pain sekitar 946.4 ml)," ungkap Coakley seperti dikutip dari Herald Sun.

 Kerana darah yang didermakan keluarga tidak mencukupi, pasukan doktor di The Alfred Hospital di Melbourne akhirnya memesan 10 pain (4,7 L) darah  sintetis dari Amerika Syarikat. Darah yang dibuat dari plasma lembu itu sebelumnya belum pernah ditransfusikan pada manusia.

 Darah sintetis yang diberi nama HBOC201 tersebut sebenarnya adalah hemoglobin, salah satu komponen darah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen. Tanpa hemoglobin yang cukup, oksigen tidak boleh didistribusikan sehingga berbagai organ tidak boleh berfungsi normal.

 Dibandingkan darah asli yang didapatkan dari penderma, darah sintetis dari plasma lembu ini memiliki beberapa kelebihan. Di antaranya tidak butuh pemeriksaan ulang (cross match) dan boleh disimpan hingga 3 tahun tanpa harus dimasukkan peti sejuk.

 "Terobosan ini adalah langkah penting dalam pengembangan darah alternatif untuk mengatasi kelangkaan derma darah yang mengglobal. Ini seperti fiksi ilmiah," ungkap salah satu doktor di hospital tersebut, Prof Mark Fitzgerald.
ReadFull Article ..