Tampilkan postingan dengan label dipenjara. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014
Samun Adik penyanyi wanita popular dipenjara 7 tahun
JOHOR BAHRU: Adik kepada seorang penyanyi wanita popular dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menyamun seorang wanita rakyat Singapura, awal tahun ini.
Hakim Zamri Bakar memerintahkan Mohd Faizal Abu Hasan, 29, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh dia ditangkap, 15 Mac lepas.
Mohd Faizal yang berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didakwa melakukan samun dengan merampas beg tangan milik warga Singapura, Rohana Jamal, 30, di hadapan masjid, Taman Tampoi Indah, Tampoi, di sini, kira-kira 1.15 tengah hari, 23 Januari lepas.
Dia yang sudah bercerai dan memiliki seorang anak perempuan berumur tiga tahun didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau disebat.
Terdahulu, peguam Syed Ahmad Sadik Syed Ahmad Kabeer yang mewakili Mohd Faizal memohon mahkamah untuk menangguhan pelaksanaan hukuman berkenaan, bagaimanapun ditolak oleh Hakim Zamri.
Timbalan Pendakwa Raya Dzul Iswari Mohd Jaafar pula memohon mahkamah mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh kerana melibatkan kepentingan awam memandangkan jenayah berkenaan kerap berlaku pada masa kini.
-Bernama-
KERENGGA
Senin, 24 Februari 2014
Tak Sengaja Termenari Pasangan Kekasih Dipenjara
okezone.com
9Jul 2012
Ilustrasi: Canyons
NEW YORK - Gara-gara secara tidak sengaja menari di stesyen kereta bawah tanah di New York, Amerika Syarikat, sepasang kekasih terpaksa mendekam di penjara. Kini, pasangan itu pun khabarnya menuntut balik otoriti setempat
"Kami digari dan dipenjara selama 23 jam setelah harus berkonfrontasi cukup lama dengan otoriti setempat. Hal itu terjadi kerana kami menari tanpa sengaja setelah mendengar irama drum ketika tengah menunggu kereta," ujar Caroline Stern dan pasangannya George Hess, seperti dikutip UPI, (9/7/2012).
"Aku dan Hess tiba-tiba saja didekati oleh dua anggota polis. Mereka mengatakan, kami tidak dapat melakukan hal seperti itu (menari) di stesyen kereta. Padahal kami hanya menarikan Charleston," tambah Stern.
Menurut Hess, polis bertambah marah ketika mereka mencuba merakam kejadian tersebut sehingga tidak lama kemudian muncul delapan polis lainnya yang mendekati mereka.
Stern dan Hess pun digelandang ke balai polis dengan tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh dan berupaya melawan polis . Meski demikian, tuduhan itu kemudian dibatalkan oleh polis dan mereka dibebaskan.
"Bayangkan jika anda berada di sekitar para ahli muzik dengan musik yang mereka mainkan, tentu saja membuat anda ingin menari. Pemain muzik itu dibolehkan ,kenapa tindakan kami dianggap ilegal?," tanya pasangan ini.
Akibat insiden penangkapan ini Stern dan Hess pun memutuskan untuk mendatangi mahkamah federal. Pasangan ini khabarnya akan saman pihak berwenang atas insiden yang tidak menyenangkan tersebut.(rhs)

Langganan:
Postingan (Atom)